Tuesday 13 August 2013

KIOSK JPJ

Adakah anda mempunyai masalah ketiadaan masa untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda? Sejak semalam saya menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan kenderaan saya berikutan enggan berbaris panjang di cawangan JPJ atau Pejabat Pos.

Namun hari ini saya terjumpa sesuatu yang boleh mempermudahkan urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan. Jawapannya ialah, JPJ kini telah mempunyai khidmat layan diri di cawangan masing-masing.

Berikut merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang harus dilakukan sebelum cukai jalan akan dicetak. Untuk makluman, sebelum mengunjungi kiosk JPJ pastikan insuran kenderaan anda telah di perbaharui.
Sentuh sahaja pada mana-mana bahagian skrin untuk memulakannya...

Pilih bahasa yang anda faham...

Pilih 'lesen kenderaan motor (cukai jalan)'

Selepas baca dan faham, pilih 'teruskan'

Pilih 'MyKad'

Masukkan MyKad anda & pilih 'pasti'

Pengesahan dengan imbasan ibu jari...

Selepas bunyi 'beep' kedengaran, keluarkan MyKad anda...

Pilih 'pembaharuan'

Kalau kenderaan didaftar atas nama anda, pilih 'sendiri'
Ada beberapa lagi langkah yang harus dilakukan sehingga cukai jalan serta resit dicetak namun gambar tidak diperolehi disebabkan abang JPJ marah dan tidak membenarkan saya mengambil gambar di kiosk tersebut lagi. Walaupun saya memberitahu abang JPJ bahawa gambar yang saya ambil ialah untuk laman blog persendirian agar ramai yang tahu menggunakannya namun beliau asyik menjawab "TIDAK PAYAH & TIDAK BOLEH".

Langkah seterusnya yang harus dilengkapkan ialah memasukkan nombor kenderaan dan pembayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan kad Kredit atau Kad Debit sahaja.

Selamat mencuba...
cukai jalan siap dicetak...
Untuk makluman semua, sehingga blog ini ditulis kiosk ini hanya beroperasi mengikut waktu pejabat sahaja. Anda tidak dapat menggunakan kiosk ini ketika di luar waktu pejabat.

Saya berpendapat kiosk ini harus berfungsi seperti mesin ATM yang boleh beroperasi bila-bila masa supaya mereka yang juga berkerja mengikut waktu pejabat tidak perlu meminta cuti atau pelepasan untuk memperbaharui cukai jalan ketika di luar waktu pejabat.

Saya amat berharap ianya akan dilaksanakan suatu hari kelak...

2 comments:

  1. KALAU KITA MAHU PRINT VOC MACAM MANA YE?
    BOLEH REPLY KE jplaoh@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiosk ini cuma boleh cetak cukai jalan (road tax) sahaja. Kalau nak semak saman trafik, cuma boleh semak kenderaan milik anda sahaja. Kalau nak cetak VOC kena minta di kaunter.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.